AWAS! aurat..jangan ambil mudah!
Wednesday, August 15, 2012 @ 10:18 AM | 0 Comment [s]


kawan2 ku, teman2 ku, sahabat2 ku, saudara2 seIslam dgnku sekalian...
semoga Allah merahmati dan memberkati setiap apa yg kita lakukan di dunia ini...
semoga kita dpt mencapai keredhaan Allah di setiap langkah kita..
semoga Allah memberkati setiap amalan kita utk dibawa ke akhirat yg kekal abadi kelak..


kadang2 rasa bersalah dgn Allah,sebab xtegur kwn2 kite yg xsempurna dlm menutup aurat..di akhirat kelak, pasti Allah akan bertanya padaku kenapa x berdakwah dgn mereka :(
sdangkan di dalam AlQuran ada mengatakan. "sampaikanlah pesanku walaupun sepotong ayat"...
mungkin aq telah MINDSET dlm mindaku...

' aq pun xbaik sgt, xalim sgt, x thiqah sgt'

kata2 tu la yg menghalang aq utk berdakwah..Allah, maafkn aq..
aq xcukup kuat, aq xsmpi hati nk tegur mereka kdg2 tu..
laupun ada pelbagai cara utk kita berdakwah kt org..aq tahu tu..
tp..........aq xkuat nk tegur mereka :(

aq mampu post ayat kt facebook je..tu je yg aq rse stakat ni yg aq boleh lakukan :(
ataupun, aq terlampau ingin menjaga hati mereka, sebab tu la aq x tegur mereka..aq takut mereka terhiris dan terluka dgn tindakan dan nasihatku...xkena cara ke..hurm..

Kdg2 teringin sgt nk tgk mereka kekalkn hijab dan aurat mereka seperti masa sekolah rendah or menengah...
suka sgt,manis je bertudung labuh,berpakaian longgar :)
semoga satu hari nnt aq dpt tgk mereka seperti itu lagi..AMIN
aq sentiasa doakan yg terbaik utkku dan kawan2 aq..
aq hanya mampu berdoa yg terbaik utk mereka je setiap kali aq solat..

aq harap aq istiqamah utk mendoakan yg terbaik utk mereka..
dan aq akan tersenyum selebar-lebarnye jika mereka berubah ke arah kebaikan..
walaupn sedikit demi sedikit...sukee sgtttt...
iye lah, perubahan tidaklah secara mendadak kn...
sedikit demi sedikit pn aq da terasa bahagiaaaa dan syukur sgt :)

kalau aq dijanjikan Allah utk masuk SYURGA, aq teringin dan nak sgt2 tarik tgn dorg masuk bersama2 ku ke syurga :) :) :)
INSYAALLAH..smoga suatu hari nanti kita dapat masuk ke syurga Allah sama2! :) Berdoalah!..

JOB CHECK HIJAB!


aq ade terjumpa ni kat fb :

1) aurat terdedah kepada bukan mahram lalu dibakar api neraka.. cuba semak sekarang.. 

kepala anda?
lengan anda?
dada anda?
pinggang anda?
lutut anda?
kaki anda?
punggung anda?
perut anda?
tubuh anda?

pernah kena strika? pernah kena ekzos motor? pernah kena air panas? pernah kena bakar kulit? api dunia itu 1 dari 70 kepanasan api neraka..
via Syahirul.com~

*Siapa yg makan cili dia la yg terasa.. kdg2 dakwah yg buat org terasa ni rupa2nya berkesan sebenarnya, sbb dia trasa kesalahan dia..;) so, bg yg tak terasa la sgt2 kesian, sbb hati dia dah mati.. tp bg yg trasa tahniah! krn hati anda masih HIDUP!



2) Tidak pelik sama sekali apabila seseorang yang dahulu banyak bergelumang dengan dosa namun hari ini mengajak orang lain ke arah kebaikan pula.

~ Hakikatnya, bukan kerana mereka ingin berlagak baik. Jauh sekali untuk mencari apa yang salah. Apatah lagi ingin menyibuk dan mencelah. Sekadar mahu yang tersayang untuk turut merasa. Betapa indahnya rasa pabila hidayah menyapa ~ InsyaAllah:)

3) Remember. It's not WHO's talking but WHAT he/she is talking about. Bukan SIAPA yang mengatakan tapi APA yang diperkatakan.

Sedangkan dari orang yg jahil itupun boleh kita belajar dari kesilapan mereka, apatah lagi mereka yang tidak jahil. Tak perlu pun lafaz "Kau siapa nak nasihat aku?," kerana itu cukup menggambarkan tinggi rendah tahap pemikiran seseorang itu. Jangan sampai ego menguasai akal. Kelak susah terkapai-kapai.

aq xlah baik sgt...byk sgt kesilapan yg telah aku lakukan selama aq hidup ni..tp, jom sama2 jadi baik! berusaha selagi mampu! semoga HIDAYAH itu milik kta :) jika aq salah, tegur la daku...salam sayang:)









Labels:


Monday, August 13, 2012 @ 10:55 AM | 0 Comment [s]



"wah bestnya engkau, apa engkau nak semua dapat! engkau nak kereta, engkau dapat, engkau nak itu nak ini, semua dapat. Mesti bahagia kan?," luah si polan kepada si polan.

"alhamdulillah, segalanya dari Allah. mudah mudahan aku termasuk dalam golongan yang sedikit," jawab si polan.

"golongan yang sedikit? golongan apa plak tu?" soalnya.

"Allah berfirman dalam al - Quran, dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur [saba':13], Allah kata sedikit sekali hambaNya yang bersyukur, jadi aku mahu sangat termasuk dalam golongan yang sedikit itu. Then, bukan semua apa yang kita nak dan kita dapat itu akan membuahkan kebahagiaan, tetapi semua yang kita dapat itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian, ujian dari Allah nak lihat adakah hambaNya bersyukur atau tidak. Aku tidak mahu dilimpahkan bermacam jenis nikmat, tetapi semakin galak pula aku melupakan Pemberi Nikmat, naudzubillah," jawab si polan.

***

Bahagia. Manusia sering tersalah tafsir erti bahagia. Dikatakannya kalau dapat itu, kalau dapat ini akan bahagialah dirinya. Sungguh, ketika itu tertipulah dirinya, tertipu dengan dunia. Dunia mirip sekali dengan fatamorgana di padang pasir. Para musafir yang kehausan di padang pasir apabila terlihatnya fatamorgana yang disangkanya air. berkejarlah mereka ke arahnya tetapi apabila sampai dikawasannya, air tiada dan tertipulah mereka dengan fatamorgana terbabit. Pada ketika itu, sesalan akan menghinggap di jiwa mereka kerna setelah penat berkejaran ke arah fatamorgana itu, tiadalah apa hasilnya dan yang dapatinya hanyalah penat. Begitulah dunia.
  
Bahagia itu fitrah?

Iya, bahagia itu fitrah tabie manusia. Rasanya semua orang ingin bahagia bukan? Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman pastinya sentiasa ingin dan mencari bahagia. Soalnya, bahagia itu mahu sampai mana? sampai di syurga atau di dunia sahaja? pasti anda mahu kedua - duanya sekaligus kan.

Apa benar orang yang paling bahagia ialah orang yang banyak harta, yang ada kereta yang mewah, yang ada rumah yang besar, megah bak istana dan yang boleh melancong ke mana - mana sahaja? Tidak, tidak sama sekali ! Kebahagiaan itu bukan pada Istana, bukan juga pada harta yang membukit tinggi, bukan juga pada kereta Ferarri, Mercedes ataupun BMW, bukan juga pada pangkat dan nama. Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan dan rupawan maka secara automatik bahagialah mereka. Realitinya jauh sekali daripada sangkaan mereka. Lihat sahaja artis hollywood yang miliki harta berjuta, rupa yang tampan dan jelita, namanya tersohor dan terkenal tetapi pelbagai masalah yang dihadapinya dan konflik yang tiada kesudahan. Hingga ada yang membunuh diri kerana tekanan.

Rasulullah S.A.W bersabda "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati". Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki serta bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada. SubhanAllah begitu indah definisi kekayaan yang dilontarkan oleh Rasulullah S.A.W. Hari ini, berapa ramai orang yang duduk di rumah mewah tetapi didalamnya tiada kebahagiaan sedangkan ada orang yang hanya duduk di rumah yang kecil dan buruk merasa bahagia dan selesa. Berapa ramai yang ada harta yang banyak, duit yang banyak tetapi masih rasa tidak cukup dengan hartanya dan risau dengan hartanya sedangkan ada orang yang mungkin hidupnya kais pagi makan pagi kais petang makan petang tetapi rasa cukup dengan apa yang ada dan rasa bahagia dengan sedikitnya harta.

Nikmat yang Allah beri, walaupun mungkin sedikit sahaja tetapi jika kita syukuri, kebahagiaan yang akan dikecapi oleh kita berganda - ganda bahagianya. Cuma, kita kena sedar yang sebenarnya banyak sangat nikmat yang Allah berikan kepada kita, kita je yang sedikit sekali mensyukurinya. Jangan kita sempitkan nikmat itu dalam bentuk keduniaan sahaja. Nikmat itu ialah sesuatu yang bermanfaat untuk kita dan sesuatu yang dikatakan bermanfaat untuk kita ialah yang mendekatkan diri kita kepada Allah.

Ada orang gagal dalam examnya, namun dengan kegagalannya itu dia semakin dekat dengan Allah serta mula sedar untuk bangkit dari kegagalan, maka itu satu nikmat untuknya. Ada orang berjaya dengan cemerlang dalam examnya tetapi lupa pada Allah, semakin bongkak dengan manusia, semakin jauh dari Allah, maka ketika itu kecemerlangannya dalam exam bukan suatu nikmat tetapi itulah yang dinamakan istidraj atau ujian yang Allah beri untuk melihat adakah hambaNya bersyukur atau tidak. Ada orang walaupun hartanya cukup makan sahaja tetapi tangannya mudah memberi, ringan menderma, itu nikmat untuknya kerana ada orang semakin berharta dia semakin kedekutlah dia, semakin bakhil lah dia kerana terlalu sayangkan hartanya yang tidak boleh dibawa ke dalam kubur pun. Jadi, begitulah konsep nikmat yang perlu kita fahami. Nikmat dari Allah tak pernah terhenti, meskipun kita kerap kali tidak mensyukuri. Lihatlah betapa pemurahnya Ilahi. Allahurabbi, nikmat Mu yang mana lagi mahu hambaMu ini dustai?

“Siapa yang beramal soleh baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97) 

Peringatan bersama. Moga Allah redha.

Terkadang hidup di dunia bila dilemparkan kepada kita kemewahan, kesenangan, kita akan semakin disibukkan dengan dunia, kita akan sedikit demi sedikit jauh dari Allah. Pesanan untuk diri ini dan sahabat semua, sesiapa yang memuji dunia kerana telah mendapat sedikit kegembiraan, maka pasti ia akan mencelanya pada suatu masa yang akan datang kerana satu kesedihan. Ketika dunia berpaling meninggalkannya, maka ketika itulah ia akan bersedih, menyesal dan penuh dalam keadaan sengasara dan dukacita. Oleh itu, bersederhanalah dalam meredah dunia ini. Dunia ini diciptakan untuk kita dan kita diciptakan untuk akhirat. Marilah sama - sama setkan dalam minda dan hati kita, HIDUP KITA UNTUK AKHIRAT, EKSPLOITASIKANLAH KEHIDUPAN DUNIA INI UNTUK AKHIRAT.

from:
"Warna Hidupku~Naqib Saad..."

Labels:


Wednesday, August 8, 2012 @ 11:50 PM | 0 Comment [s]


Alhamdulillah Thumalhamdulillah Thumalhamdulillah..

Hasil usaha ku utk menolong saudara2 seagamaku menjual aksesori2 akhirnya membuahkn hasil kepadaku..walaupun xseberapa,tp rezeki tetap ada:) 
Alhamdulillah:)

Aq buat ni pun sbb nk mengisi masa lapang..
alang2 online tu, promote2 la sket..
dapat tambah duit poket utk ke Gombak juga nnt..
yg mana kos hidup kat sana nnt sgt la tinggi dan banyak..
jadi aq perlukan duit lebih sket..
lagi2 org cm aq yg suka shopping ni..heheheh

First item..aq jual Al Quran Edisi Wanita..

Utk ni,hasil aq tlg amek order kt orang, dapat lah RM 3XX sebagai komisen dr tokey:)

Second item aq jual ni.. Jam pelbagai warna..
Yg ni komisennye murah je sebab aq jual dgn harga aq yg tersangatla murah tu..
tp xpe,rezeki tu tetap ada:)

Utk ni alhamdulillah dpt lah RM1XX
DaN skrg sedang otw jual ni plak..item2 kt atas dh tamat tarik tutup jualan.item ni tutup jualan SELEPAS RAYA :) Jadi skrg aq perlu amek order le dulu:)





Utk gelang2 ni,ada pelbagai warna yg menarik.byk lagi pilihan warna yg ada..utk peminat2 gelang,best la kn..
 makin hari makn suka aq dgn bisnes kecil-kecilan ni...
(hehe)

Tapi bila dah mula belajar nnt, mgkin kurang sket terlibat dgn bisnes..sedang berfikir nk terima atau tak twran dr tokey ^_^

Apa2 pun,kena FOKUS dlm melakukan sesuatu kerja tu ye..
smoga aq dpt FOKUS belajar juga nanti :)

Labels:


Tuesday, August 7, 2012 @ 9:40 AM | 0 Comment [s]


RINDU akan 'masa' tu..
Rindu sangat..

Hanya Allah je yg tahu..
sekali2 dalam kesibukan menelaah pelajaran di universiti, dalam kesibukan di rumah..
memori itu menjengah juga akhirnya..

dulu masa x add lagi di fb,aq seringkali suruh Kaknor tlg upload kn gmbar dia..
smpikan satu hari,disebabkn aq terlaluuuuu rindu, aq mesej ayah dia,
(aq ada no ayah dia sebab ayah dia pernah bertanyakan perihal anaknya kepadaku)
aq cakap," boleh tlg upload gmbr ____ x? rindu la kt dia "
then ayah dia pun mms and bg gmbr anak dia kt YM..
betapa gembiranya aq,Alhamdulillah...

Dia ialah..
- Muhammad Fareeq Rizhan -



rindu juga kat Dr Nawrah :)
Nawrah dan Muslih :)

And rindu juga kat yg lain...

Alisya
Asyraf
Irham
and ramai lagiiii..

rindunya suasana riangria kanak-kanak AlHannah!!!!

Semoga Allah sentiasa pelihara mereka... * tears drop.huu

dulu masa kerja kt sana,bgn pukul6, after solat semua, sapu2 taska bg bersih..then kebiasaanya, pukul 6.30, Rizhan dh dtg..sebab maknya kerja di seremban,thats why hntr rizhan awal..
aq pun dukung rizhan yg tidak mndi lagi tu..hehe..comell dgn baju tidurnya tu..kdg2 di tgnnya ada naget,konon mkn,tp xpunnn..aq dukung then terus bawak dia kt tilam..(mane la tahu dia mamai lg ke) Then dtg lah Irham bersama kerusi baby and satu bakul makanan (byk tu mak dia bekal kn) aq respect mak dia la,mmg jaga btul anak dia..biskut,bubur,air,buah sume lengkap..tp kalo xabis, kami la yg abiskn..hehehe,,Irham seorang yg kuat makan! kuatttt sgt..badan pun montel.hehe..tp skrg aq xtau dia cmne,sbb x ade fb parents dia :( parents dia pun x cari fb aq..sobsob..xpe..okey je:) thanks mak rizhan sbb add cikgu wani..hehe..terubat rindu kt rizhan..
bila semua dh dtg..aq pun mandikan lah dorg beramai2..kalo baby,aq mndikan sorang2 je..mndikan dorg,sabunkn,tukar pampers.. bila dh siap,pakaikn baju dorg..yg aq sukanya,baju dorg sume cuteeee..baju budak kecik la katekn..pastu wangi je bajunya..pelbagai bau ada..wangi2 sumenye..xtau la famly dorg pakai sabun pe..hehe..tp suka2!!!
then,suapkn dorang makan..waaa...berebut2 dorg,tp disebabkn aq tegas sket,dorg pun sabar menunggu turn utk suap..hehe..rindunyaaaaa :( mkn tghari pun cmtu..best suapkn dorggggg...
bile pukul 5 je, dh siap mndikn dorg and kemas beg dorg utk pulang...wangi2 dorg nk balik.suke sgt..sementara tgu parents dorg jemput, kami bg makan dulu...sambil tgk tv..aq ingat lg,sokmonye bukak tv9..upin dan ipin..comel je dorg tgk tv..rinduuuu kenangan itu :(
rindu semua..suka sgt cium dorg after mandi,sebab  dorg tersangat2 la wangi dan comel :)
Malam2 di taska alhannah, kadang2 aq kuar dgn kakmi and kaknor kt metro kajang,makan2,xpun shopping2 kt taman reko..kdg2 shoping ngn kakida and kakwan kt mydin,one stop...dan selalu bergosipp ngn dorg..hehe
owhhhh..aq terlalu rindu tinggal di kajang..pagi2 or malam2,kdg2 boleh nmpk Genting Highland dr taska...rindu nk shopping and makan2 dgn dorg...

Dan dr situ lah, aq belajar banyak benda..
sangat banyakkk..
terima kasihhhh semua..hanya Allah yg dpt bls segalanya..
aq dpt belajar hidup berdikari di bandar,tanpa sesiapa..
aq dpt belajar masak dr akak2,
belajar jaga baby,mndikan and jaga budak kecik..
aq juga dapat mengenal pelbagai jenis ragam manusia..secara realitii...
aq juga dpt pengalaman baru utk kehidupan baru nnt..(ehem)
dpt mendengar kisah2 luar yg aq xtahu..
aq juga dpt belajar dr kesilapan..
dan dr situ,aq dpt menilai yg mana baik,dan yg mana buruk..
InsyaAllah..

Terima kasih yg xterhingga kepada pakngah yunus, makngah yunus, kak lily, kak yaty dan pak adik.. mereka adalah sedara terdekat ku..sokmo bawak aq balik rumah dorg setiap weekend..sebab dia tahu aq mesti bosan if duk kt taska time weekend..
if aq balik rumah dorg,dptla aq mkn sedap2 (hehe!), dpt tgk astro (masterchef terutamanya!) dpt g jalan2,mkn kt luar..kak yaty,pakngah, kak lily sokmoo bwk aq mkn kt tempat mahal2 and sedap2..tempat2 yg xpenah aq pegi sebelum ni..terharu sgt..terima kasih sgt2 sbb jaga aq..belanja aq..xtau cmne nk balas..hanya Doa je yg dpt mengiringi kalian..InsyaAllah..semoga Allah sentiasa pelihara mereka :) syg mereka..andai ada tersilap dan terkasar bahasa, wani minta maaf ye..laupun aq tahu dorg xkn baca ni..aq tetap nk mntk maaf jika ada kesilapan yg sengaja atau tidak aq lakukan..kesilapan yg aq sedari atau 
tak..maafkn wani ya..
aq harap aq dpt memanfaatkn insan2 di kajang itu..InsyaAllah..semoga Allah redha terhadap apa yg aq dan anda2 semua lakukan setiap detik dan waktu..
Terima Kasih dan Alhamdulillah Ya Allah  kerana kau pertemukan aq dgn mereka..Kau berikan aq sebuah pengalaman kehidupan yg xpenah2 aq jangka akan berlaku..Alhamdulillah :)
Semoga aq dpt menjadi seorang pemburu pengalaman yg bermakna utk kehidupanku..
Jika diizinkn, harap kita dpt berjumpa lagi..


bersama syahmi di rumah pkngah..ni bilik aq kt sana..ada aircond lagi and ada tandas..wlupn berkongsi tndas dgn pak adik..Alhamdulillah..syukur..
memohati : Kajang - kenangan dan pengalaman baruu yg xkn sekali kali ku lupakan..

utk mereka semua :



xpela kalau x nk ingat cikgu wani pun,asalkn cikgu wani ingat and rindu korg :P
lagi satu, cikgu wani nak sambung belajar , xdpt nk terima tawaran kerja kt situ lagi.. cuti sem ni pun xdpt keje situ sbb rumah perlukn org gaji..huuu

Nahhhh..syg semua:)

Labels:


Monday, August 6, 2012 @ 9:53 AM | 0 Comment [s]


malam yg sunyi, tiba2

"tut tut"

 -1message receive-

'aduhhh,kenapa mesti dia?? kenapa dia yg sent mesej??? :(

spoil malam ni..

diri ini baru je nk lupakan kisah dan kenangan duka lama..
diri ini baru je nk mulakan hari2 mendatang dgn ceria semungkin boleh...
diri ini baru saja mahu buka buku baru..

tidaklah memori dan kenangan lama itu dipadam begitu saja,tapi..
seboleh2 pergilah kenangan dan derita itu..
yg bisa membuat empunya diri ini kurang fokus terhadap kerja2 di hadapan..

'di sebalik senyuman dia, terselit derita di hati yg kian membengkak..'

empunya diri seboleh2 mahu menutup kesedihan dan derita itu agar tidak dikesan oleh sesiapa,
dicuba senyum seboleh mungkin wlupn diri sedang sedih..
pedih memendam derita yg kian membengkak,namun cuba dhiasi dgn ukiran senyuman..cuba dihiasi dgn melodi2 lagu utk mnutup kesedihan namun tetap lesu..
dgn rela membiarkan dirimu pergi pd yg lebih bermakna utkmu wlupun hati byk terhiris oleh mu..

Allah,hanya Kau yg mampu memberi kekuatan kepadaku.
pergilah kenangan itu..pergilah engkau...

memohati: empunya diri tidak membalas pun msg itu...

Labels:


Friday, August 3, 2012 @ 11:59 PM | 0 Comment [s]

'' Dia baik, sopan santun..."
"Dia aktif kokorikulum ( pidato,motivasi) ..aktif sukan.."
" Dia pandai, kalau tak study pun, result mesti gempak punya! "
" Dia diminati ramai, penampilan dia menjadikan dia dihormati "

" Keluarga dia senang, kaya..  apa yg dia nak, mesti dapat pnye "
" Dia dpt JPA, or Mara or Biasiswa... Jelesnyeeeeee!!..."
KADANG-KADANG, DIRI INI 'TERINGIN' UTK MENJADI SEPERTI DIA...huhu
tapi sedarlah wahai syazwani oii, Allah tak menciptakan kita dgn sia2.. masing2 ada  'uniqueness and originality' tersendiri...Hakikatnya, kita je yg selalu mengcomparekn diri kita dgn org lain.. Be Proud of yourself!! Kenapa perlu nk bandingkan diri kita dgn org lain? Masing2 ada kelebihan dan kekurangan yg tersendiri.. Jadi, tidak perlulah merasa diri terlalu rendah dan tidak bermutu.. Berusahalah!~ Jika kte mampu utk menjadi seperti 'dia', berusahalah ke arah itu..jika itu yg kte rase terbaik, tapi, jgn lh hanya hangat2 tahi ayam & jgnlah berlakon! Jadilah diri kita yg semulajadi..jadilah diri kita yg sendiri!
Dan sedarlah! 
"we are the product of what we think!"
Setiap insan adalah unik! 'mencontohi' itu boleh,tp bukan 'membandingkn'..
BERUSAHALAH ke arah yg lebih baik..jgn sia2 kn peluang yg ada..perbaiki diri anda semamupunya! 
Berusahalah untuk menjadi yg terbaik  untuk mendapat yg terbaik! ^_^


Labels:


@ 11:33 AM | 0 Comment [s]


Bahagiakan diri, bahagiakan orang lain.. 
hidup pasti bahagia!
Cubalah berkorban utk melihat org lain hidup bahagia..
Apabila melihat orang lain bahagia, hidup kita juga pasti bahagia nanti!
Berfikiran positif dgn kehidupan..
Allah pasti meletakkan sesuatu hikmah di setiap apa yg berlaku..
Bahagia tu kita yg pilih..
meskipun rumit utk memilih bahagia di saat sedang derita..
tapi pilihlah bahagia..
tetap pilihlah ia juga..
kerana ada permata yg 'tersembunyi' di sebalik derita itu..
akhir nanti 'hikmah' itu akan terungkai juga..cuma cepat atau lambat je..
dan kita akan 'sedar' bila hikmah itu datang..
Jadi, pilihlah bahagia!
Janji Allah itu pasti!
YAKIN! ^_^
Sembunyi kedukaan demi melihat orang yang kita sayang bahagia. Itu juga satu pengorbanan! Jangan bimbang. Allah tahu pengorbanan kita :)

Labels:



Older Post

Syazwani Asmuni. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( Fiqh dan Usul Fiqh) 23 Disember 1992.



DiaryAbout

matlamat masa hadapan, buatku lahirkan persoalan, itukah harapan kebahagiaan? namun tak kutemui jawapan. indah impian, bicara puitis fitrah daripada fikiran, namun tidak bisa melarikan igauan semalam, serabut benak fikiran. aku terkesima, dek hadapi mimpi nan serupa, tiap malam sehingga naluri menzahirkan, akhirnya fikiranku berlari diluar jangkauan. doaku moga diri tabah melayarkan, bahtera ketabahan hadapi kenyataan, takuti cinta yang melalaikan, benci cinta yang mendustakan. lahirkanlah cinta pada Tuhan, cinta sebenar penawar kedukaan, tatkala cinta manusia didustakan, Dialah yang agung menyelamatkan, cintailah Dia untuk kemudahan, tatkala duka duga melanda, cinta hakiki cinta abadi, kekal dunia akhirat nanti.


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com